Artwork

תוכן מסופק על ידי Lydia Usun Ngimat. כל תוכן הפודקאסטים כולל פרקים, גרפיקה ותיאורי פודקאסטים מועלים ומסופקים ישירות על ידי Lydia Usun Ngimat או שותף פלטפורמת הפודקאסט שלהם. אם אתה מאמין שמישהו משתמש ביצירה שלך המוגנת בזכויות יוצרים ללא רשותך, אתה יכול לעקוב אחר התהליך המתואר כאן https://he.player.fm/legal.
Player FM - אפליקציית פודקאסט
התחל במצב לא מקוון עם האפליקציה Player FM !

E30: “Dibaharui Untuk Menyinari Kemuliaan Allah” – Titus 2:1-10.

15:24
 
שתפו
 
Manage episode 286116553 series 2871281
תוכן מסופק על ידי Lydia Usun Ngimat. כל תוכן הפודקאסטים כולל פרקים, גרפיקה ותיאורי פודקאסטים מועלים ומסופקים ישירות על ידי Lydia Usun Ngimat או שותף פלטפורמת הפודקאסט שלהם. אם אתה מאמין שמישהו משתמש ביצירה שלך המוגנת בזכויות יוצרים ללא רשותך, אתה יכול לעקוב אחר התהליך המתואר כאן https://he.player.fm/legal.

Shalom!

Kita telah melihat Titus Bab 2 dari sudut “Pembentukan Kerohanian Dalam Rumahtangga”. Dari Titus 2:12 dan 14, kita mengenal bahawa kasih kurnia Tuhan “mendidik kita supaya kita meninggalkan kefasikan dan keinginan-keinginan duniawi dan supaya kita hidup bijaksana, adil dan beribadah di dalam dunia sekarang ini”. Tuhan, yang “membebaskan kita daripada segala kejahatan, menyucikan kita, dan menjadikan kita milik-Nya sahaja, serta menjadikan kita rajin berbuat baik”. Kita menyingkap bahawa pembentukan kita adalah; (1) oleh kasih kurnia Tuhan, Titus 2:11-14 dan (2) rumahtangga atau keluarga kitalah yang menyinari pembaharuan itu agar Tuhan dimuliakan, Titus 2:2-10.

Hari ini, kita melihat Titus 2:1-10 sekali lagi, untuk menghayati nilai-nilai dan cara hidup yang disebut dengan tema, “Dibaharui Untuk Menyinari Kemuliaan Allah”.

Titus 2:1-10 adalah petunjuk yang diberi oleh Paulus kepada Titus tentang cara mengajar berbagai-bagai golongan jemaat dalam gereja. Hari ini, bila kita membaca teks seperti Titus 2:1-10, kita perlu melihatnya dalam konteks semasa teks itu ditulis, jika tidak, kita boleh terperangkap dengan pendapat kedagingan kita. Sebagai satu contoh, ayat 4-5, kita perlu melihat senarai nasihat mengikut konteks dalam kebijaksanaan dan bukan berkeras dengan tafsiran bahawa perempuan muda yang berkahwin perlu tinggal dirumah untuk mengurus rumahtangga. Nilai-nilai perlu dilihat tanpa membuat jentina sebagai batas; dimana prinsip pegangan adalah, yang baik perlu ada dalam kita semua, yang jahat perlu dihindari semua. Di akhir surat Rasul Paulus kepada Titus ini, kita telah dinasihati untuk berwaspada kepada kecenderungan untuk melampau; Titus 3:9, “jauhilah perbahasan yang sia-sia, … segala ini tidak membawa faedah”. Titus diutus ke Kreta untuk mengajar mereka apa yang sesuai dan selaras dengan asas kepercayaan yang benar. Ajaran-ajaran yang tidak sehat, yang antara lain memberi tumpuan atau fokus melampau kepada satu-satu isu dari satu sudut untuk kepentingan peribadi telah menyerap ke dalam kelompok-kelompok yang sedang bertumbuh. Seperti orang-orang percaya dalam gereja awal, kita hari ini juga menghadapi cabaran-cabaran sama.

Pembentukan dan pembaharuan adalah agar kemuliaan Allah diperlihatkan. Kita memberi tema perbualan kita sebagai, “Dibaharui Untuk Menyinari Kemuliaan Allah” – Titus 2:10. Kita akan menghayati tema perbualan dari 4 sudut.

[1] Kedewasaan Mematangkan Kita, Titus 2:2-3.

[2] Firman Allah Ditegak Dalam Perkahwinan dan Rumahtangga, Titus 2:4-5.

[3] Orang Muda Menjadi Teladan Baik Yang Tidak Dapat Dikecam, Titus 2:6-8.

[4] Allah Dimuliakan Dalam Kerjaya Kita, Titus 2:9-10.

Haleluya! Puji Tuhan!

Tuhan memberkati semua.

Lydia

[Dikongsi dalam Ibadah Keluarga, Isnin, 08 June 2020, 8.30 PM]

--- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message
  continue reading

78 פרקים

Artwork
iconשתפו
 
همه قسمت ها

×
 
Loading …

ברוכים הבאים אל Player FM!

Player FM סורק את האינטרנט עבור פודקאסטים באיכות גבוהה בשבילכם כדי שתהנו מהם כרגע. זה יישום הפודקאסט הטוב ביותר והוא עובד על אנדרואיד, iPhone ואינטרנט. הירשמו לסנכרון מנויים במכשירים שונים.

מדריך עזר מהיר